قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" اذا كان في اخر الزمان لا بد للناس فيها من الدراهم والدنانير يقيم الرجل بها دينه ودنياه

RASULULLAH (SAW) BERSABDA: PADA AKHIR ZAMAN,MANUSIA DI MASA ITU SEMESTINYA MEMILIKI DIRHAM - DIRHAM DAN DINAR-DINAR UNTUK MENEGAKKAN URUSAN AGAMANYA DAN DUNIANYA.
(Hadith riwayat Imam Al-Tabrani(sebagai yang terdapat di dalam Jami'u As-Saghir bagi Imam As-Sayuti)

قال وهب بن منبه
الدراهم والدنانير خواتيم الله في الارض فمن ذهب بخاتم الله قضيت حاجته
TELAH BERKATA WAHAB BIN MUNABBIH
DINAR DAN DIRHAM ADALAH COP-MOHOR ALLAH DI BUMI,SESIAPA YANG BERURUSAN DENGAN COP-MOHOR ALLAH AKAN DISEMPURNAKAN HAJATNYA
(Diriwayatkan oleh: Imam Al-Haithami dan Imam Az-Zahabi daripada Imam Al-Tabrani di dalam kitab Al-Ausat dan oelh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya)

قال امام محمد بن سربن
نقد الدراهم بذهب الهم
IMAM MUHAMMAD BIN SIRIN BERKATA:
"WANG DIRHAM MENGHILANGKAN PERMASAALAHAN"
(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya di dalam kitab "Islahu Al-Mal")

MENTERI BESAR KELANTAN
TUAN GURU DATO' HJ.NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
" SISTEM MATA WANG KERTAS YANG TIDAK LAGI BERLANDASKAN EMAS SEBAGAI SANDARAN SEPENUHNYA NENJADIKAN NEGARA BESAR DAN KAYA TERUS BERMAHARAJALELA MENINDAS NEGARA-NEGARA KECIL SUPAYA TUNDUK KEPADA PENGARUH DAN KUASANYA BAIK DI BIDANG EKONOMI MAHUPUN KETENTERAAN''

Khamis, 7 Oktober 2010

EMAS GANTI WANG( KRISIS EKONOMI DI MYANMAR)


Emas ganti wang
SURI rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen.Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street, nadi pasaran emas sejak zaman kolonial, Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang peniaga. Dia dianggap ‘pegawai bank tidak rasmi’ di negara di bawah pimpinan tentera itu.
“Biasanya, pembeli utama golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya.
“Pembeli kedua suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpanan,” katanya.
Krisis ekonomi global mung kin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank di seluruh dunia. Tetapi di Myanmar, keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang mereka dalam sistem perbankan yang agak mundur di negara itu.
Lagipun, tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnya. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah dengan pemulauan dan kekangan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.Antara 2005 hingga 2009, kadar inflasi tahunan di Myanmar yang dulu dikenali sebagai Burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut laporan Bank Pembangunan Asia.
“Jika kami mahu menangani masalah inflasi, belilah emas. Jika kami menyimpan wang di bank, kami akan rugi.“Orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai simpanan nilai,” kata Nyan Tun yang memohon supaya nama sebenarnya tidak disiarkan di media untuk mengelak sebarang masalah.
Menurutnya, nilai timba ngan ‘ticak’ emas, meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi peniaga emas pada akhir 1980-an.
Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney, berkata, peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebab kan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannya.
Lambakan khazanah semula jadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jed dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemerintahan tentera pada 1962.
Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir satu pertiga daripada penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan, menurut angka Bank Dunia.
“Keadaan fiskal sepatutnya baik. Tetapi mereka (pemerintah tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam dengan baik. Dana terbabit tidak direkod kan,” kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatut nya membiayai perbelanjaan kerajaan.
Ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar yang agak kontroversi dalam tempoh 20 tahun, dijangka pada 7 November ini, akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.
“Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku,” kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.
Termasuk dalam penjualan aset ini pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta diberikan lesen untuk memulakan bank baru.
Menurut Turnell, kronisme yang ketara dalam perkembangan terkini menunjukkan negara terbabit ‘beranjak dalam arah yang agak aneh’. Bagi warga Myanmar biasa, masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.
“Emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. Ia kembali ke zaman kolonial,” kata Turnell.
Menerusi peranan penting yang dimainkan logam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawa ngan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada peniaga supaya berhenti menjual emas apabila harganya naik.
“Mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya,” katanya.
“Harga emas adalah indeks inflasi untuk rakyat,” seorang pengarang bahagian perniagaan yang namanya enggan dikenali di Yangon bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Menurutnya, rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menilai inflasi.
“Kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya.
Sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.
Buat masa ini, emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar - itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emasnya di leher.
“Emas - ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat negara ini,” kata pe ngarang bahagian perniagaan itu - AFP.

Sumber :myMetro(klik)

1 ulasan: