قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" اذا كان في اخر الزمان لا بد للناس فيها من الدراهم والدنانير يقيم الرجل بها دينه ودنياه

RASULULLAH (SAW) BERSABDA: PADA AKHIR ZAMAN,MANUSIA DI MASA ITU SEMESTINYA MEMILIKI DIRHAM - DIRHAM DAN DINAR-DINAR UNTUK MENEGAKKAN URUSAN AGAMANYA DAN DUNIANYA.
(Hadith riwayat Imam Al-Tabrani(sebagai yang terdapat di dalam Jami'u As-Saghir bagi Imam As-Sayuti)

قال وهب بن منبه
الدراهم والدنانير خواتيم الله في الارض فمن ذهب بخاتم الله قضيت حاجته
TELAH BERKATA WAHAB BIN MUNABBIH
DINAR DAN DIRHAM ADALAH COP-MOHOR ALLAH DI BUMI,SESIAPA YANG BERURUSAN DENGAN COP-MOHOR ALLAH AKAN DISEMPURNAKAN HAJATNYA
(Diriwayatkan oleh: Imam Al-Haithami dan Imam Az-Zahabi daripada Imam Al-Tabrani di dalam kitab Al-Ausat dan oelh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya)

قال امام محمد بن سربن
نقد الدراهم بذهب الهم
IMAM MUHAMMAD BIN SIRIN BERKATA:
"WANG DIRHAM MENGHILANGKAN PERMASAALAHAN"
(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya di dalam kitab "Islahu Al-Mal")

MENTERI BESAR KELANTAN
TUAN GURU DATO' HJ.NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
" SISTEM MATA WANG KERTAS YANG TIDAK LAGI BERLANDASKAN EMAS SEBAGAI SANDARAN SEPENUHNYA NENJADIKAN NEGARA BESAR DAN KAYA TERUS BERMAHARAJALELA MENINDAS NEGARA-NEGARA KECIL SUPAYA TUNDUK KEPADA PENGARUH DAN KUASANYA BAIK DI BIDANG EKONOMI MAHUPUN KETENTERAAN''

Jumaat, 15 April 2011

Lonjakan harga emas-Kosmo


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. 


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah."Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu."Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas."Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kataKlapwijk.KOSMO:http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan